Cagamas terbit kertas komersial islam RM305 juta [ 4h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Pengeluar produk mainan AS cadang pindah kilang di China ke pasaran lain

Beberapa syarikat pengeluaran barangan mainan kanak-kanak dari Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di China bercadang memindahkan kilang mereka ke pasaran lain, termasuk Vietnam, ekoran bimbang dengan kemelut perdagangan antara kedua-dua negara, lapor agensi beita Vietnam(VNA).

Trak rempuh rombongan pengantin berarak di India ragut 13 nyawa

CHANDIGARH (India), 19 Feb (Bernama) -- Tiga belas orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas sebuah trak yang dipandu laju merempuh rombangan pengantin sedang berarak dalam satu kejadian di Rajasthan, India pada Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu. 

Tiga kanak-kanak, seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di Michigan, AS

Tiga kanak-kanak dan seorang wanita ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah rumah di kawasan luar bandar di utara Kent County dalam negeri Michigan, yang terletak di bahagian barat tengah Amerika Syarikat pada petang Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Syerif Kent County.

Usaha China haramkan perdagangan gading membuahkan hasil, terima pujian global

Usaha China untuk mengharamkan perdagangan gading menerima pujian di seluruh dunia kerana kesan langkah ketatnya telah mula dirasai, lapor agensi berita Xinhua.

PBB harap fasa pertama pengunduran tentera di Hudaidah, Yaman dilakukan segera

NEW YORK, 19 Feb (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menjangkakan pelaksanaan fasa pertama pengunduran tentera di Hudaidah "akan dilakukan segera" oleh puak yang bertelagah di Yaman, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap badan dunia itu pada Isnin.

Perisytiharan darurat Trump cetus tunjuk perasaan di seluruh AS

WASHINGTON, 19 Feb (Bernama) -- Demonstrasi telah diadakan pada Isnin di Washington, New York, Chicago dan berpuluh-puluh lagi bandar di Amerika Syarikat (AS) bagi membantah perisytiharan darurat oleh Presiden Donald Trump dalam usaha mendapatkan pembiayaan untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico yang amat kontroversi.

WHO hantar pasukan teknikalnya ke Hospital Medan Malaysia di Cox´s Bazar

COX’S BAZAR, 18 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menghantar pasukan teknikalnya ke Hospital Medan Malaysia (MFH), sekaligus menjadikan MFH sebagai hospital rujukan di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh.