MTW2019 Kick off today [ 4h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Pakistan sokong usaha integrasi serantau SCO

ISLAMABAD, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar Pakistan menyokong usaha integrasi serantau menerusi Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), yang dilaksanakan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), lapor agensi berita Xinhua. 

Singapura tarik balik air minuman diimport dari Malaysia

SINGAPURA, 13 Jun (Bernama) -- Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu mengarahkan air minuman jenama Starfresh ditarik balik daripada pasaran selepas bakteria ditemui dalam sampel produk itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA). 

Indonesia, Malaysia dan Filipina adakan latihan bersama

HANOI, 13 Jun (Bernama) -- Indonesia, Malaysia dan Filipina telah bersetuju untuk mengadakan latihan rondaan darat bersama bulan depan bagi menangani cabaran keselamatan di perairan antara Kepulauan Borneo dan selatan Filipina, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Liga Arab selar keputusan Moldova pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

ANKARA, 13 Jun (Bernama) -- Liga Arab pada Rabu mengutuk keputusan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan liga itu.

Menteri Penyatuan Korea Selatan tekan kepeluan sidang kemuncak antara Korea

SEOUL, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Penyatuan Korea Selatan Kim Yeon Chul pada Khamis menekankan keperluan bagi mengadakan sidang kemuncak antara Korea sehari selepas Presiden Moon Jae In melahirkan hasrat untuk bertemu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un lewat bulan ini, lapor agensi berita  Yonhap.

Ekspo pertanian terbesar Hemisfera Selatan bermula di New Zealand

HAMILTON (New Zealand), 13 Jun (Bernama) -- Fieldays NZ, ekspo pertanian terbesar di Hemisfera Selatan, telah bermula di Hamilton, yang terletak di Pulau Utara, New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua.

Wakil PBB bagi proses damai Timur Tengah hadiri persidangan tajaan AS di Bahrain

NEW YORK, 13 Jun (Bernama) -- Timbalan penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi proses damai Timur Tengah akan mewakili badan dunia itu ke bengkel ekonomi tajaan Amerika Syarikat (AS) di Bahrain berhubung konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap PBB.