Tiada kenaikan cukai taksiran selepas Kuantan jadi bandar raya [ 6m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Dana asing merupakan penjual bersih kepada RM351.6 juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Dana asing merupakan penjual bersih berjumlah RM351.6 juta antara 11 dan 14 Nov, lebih tinggi daripada RM44.1 juta yang dicatatkan antara 4 hingga 7 Nov.

MED sasar usahawan IKS sumbang 45 peratus kepada KDNK negara

ALOR GAJAH, 16 Nov  -- Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menyasarkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) akan menyumbang kira-kira 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menerusi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya bermula tahun ini.

Kiamsam bakal jadi hab pertumbuhan baharu ekonomi Labuan

LABUAN, 16 Nov  -- Kiamsam bakal menjadi hab pertumbuhan baharu ekonomi Labuan susulan pemindahan syarikat pembuatan kapal sokongan luar pesisir (OSV) terbesar Malaysia, Nam Cheong Dockyard Sdn Bhd, di Kompleks Hab Halal Labuan di sini.

DPUKM meterai MoU bawa masuk produk Malaysia ke China bernilai RMB 20 juta

Daripada Hillman Jamil

CHANGSHA, (China), 16 Nov  -- Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bernilai 20 juta Renminbi (RMB) (RM1=1.69 renmimbi) dengan pasaraya besar China, E-Fresh Food Corporation Limited.

Press Metal kuasai 25 peratus loji penapis aluminium Indonesia

KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Syarikat peleburan aluminium terbesar di Asia Tenggara, Press Metal Aluminum Holdings Bhd, memperoleh bekalan aluminium jangka panjang dengan menguasai 25 peratus kepentingan ekuiti dalam PT Bintan Alumina Indonesia (PT BAI) membabitkan US$80.23 juta (RM331.36 juta).

Berita baik untuk negara pengeluar minyak sawit apabila Perancis tangguh tamatkan manfaat cukai minyak sawit

KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Langkah Perancis menangguhkan sehingga 2026 untuk menamatkan manfaat cukai ke atas minyak sawit yang sepatutnya berakhir tahun depan, merupakan berita gembira kepada negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.

Dr Mahathir akan rasmi kongres minyak sawit terbesar dunia

KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Nov ini.