Kelantan anjur pertandingan bina badan tutup aurat bulan depan [ 27m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Westports sasar sumbang 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kontena Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Westports Holdings Bhd menyasar menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kontena di Pelabuhan Klang berikutan syarikat logistik itu perlu mengendalikan rekod melebihi 10 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Kerajaan kenal pasti ruang fiskal untuk utamakan pertumbuhan ekonomi mampan

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Kerajaan akan mengenal pasti ruang fiskal untuk mengutamakan pertumbuhan ekonomi mampan dan dijangka tidak memperkenalkan langkah pencukaian baharu dalam Belanjawan 2020, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Angkasa cadang sektor perindustrian tubuh koperasi

ALOR SETAR, 10 Sept  -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan supaya sektor perindustrian terutamanya pihak pengilang di negara ini untuk menubuhkan koperasi kakitangan bagi menjaga kebajikan pekerja.

Air Selangor pemegang lesen tunggal bekalan air bagi Selangor, KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Bermula Jumaat ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjadi pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Hartalega yakin terhadap pasaran AS disebalik tekanan perdagangan

KUALA LUMPUR, 10 Sept  --  Pengilang sarung tangan sintetik terbesar dunia, Hartalega Holding Bhd, yakin Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai pasaran eksport terbesar walaupun wujud ketegangan berterusan dalam perdagangan.

SAS umum pengagihan pendapatan interim pertama 2.40 sen seunit

KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan interim pertama Saham Amanah Sabah (SAS) bagi tahun 2019 sebanyak 2.40 peratus atau 2.40 sen seunit yang diperoleh daripada pendapatan kasar berjumlah RM36,017,587 setakat 6 September lepas.

Sukuk mampan Edra Solar miliki perbezaan bawa tiga jenis penarafan

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) Asean bernilai RM245 juta cadangan Edra Solar Sdn Bhd bukan sahaja sebagai perintis dalam elemen hijau dan sosial tetapi mempunyai perbezaan dengan membawa gabungan tiga jenis penarafan -- satu lagi pertama dalam pasaran.