Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 7 Disember [ 21m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


PBAHB terima anugerah Edge-Centurion Club Corporate Award 2019

GEORGE TOWN, 13 Nov -- PBA Holdings Bhd (PBAHB) menerima anugerah The Edge-Centurion Club Corporate Award 2019 semalam, atas kejayaannya memberikan pulangan hasil tertinggi kepada pemegang sahamnya sejak tiga tahun dalam sektor telekomunikasi, media dan utiliti.

Anak syarikat MFCB jual bangunan, aset bernilai RM3 juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Serudong Power Sdn Bhd (Serudong), 51 peratus anak syarikat tidak langsung Mega First Corporation Bhd (MFCB), merancang menjual bangunan dan aset-aset lojinya pada harga RM3 juta kepada Reliable Power Resources Sdn Bhd.

Ericsson unjur RM16 bilion hasil 5G untuk pembekal khidmat telekomunikasi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Nov-- Jumlah nilai unjuran hasil pendigitalan yang diupayakan oleh 5G di Malaysia, dianggarkan RM33 bilion menjelang 2030, dan daripada jumlah ini sebanyak RM16 bilion atau hampir separuh boleh dijanakan oleh pembekal khidmat telekomunikasi, kata Ericsson dalam laporan kajiannya.

Pertumbuhan ekonomi masih mampan disokong rangsangan perbelanjaan pembangunan

CYBERJAYA, 13 Nov  -- Pertumbuhan ekonomi negara masih mampan meskipun Malaysia tidak dapat mengelak tempias perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta unjuran pertumbuhan perdagangan barangan dunia bagi tahun ini diturunkan kepada 1.2 peratus daripada 2.6 peratus.

Industri sarung tangan getah dijangka teruskan pertumbuhan pada 2020

PETALING JAYA, 13 Nov   -- Pertumbuhan industri sarung tangan getah akan berterusan pada 2020 dengan hasil eksport dijangka mencecah RM20.68 bilion berbanding RM18.2 bilion yang dijangkakan tahun ini, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Jualan '11.11 Singles Day' Alibaba cecah US$38.4 bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov-- Alibaba Group Holding Ltd mengumumkan ia mencatatkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$38.4 bilion (US$1=RM4.15) semasa festival beli-belah dalam talian global ‘11.11 Singles Day’, peningkatan 26 peratus daripada angka yang dicatatkan acara sama pada 2018.

Mercato buka kedai ketiga di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Nov  -- Kedai runcit premium, Mercato, memperluas kedudukannya di negara ini menerusi pembukaan kedai ketiganya di negara ini, di Gurney Plaza di sini hari ini.