D-8 sasar tingkatkan sektor pelancongan halal - Mohamaddin Ketapi [ 22m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Mercato buka kedai ketiga di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Nov  -- Kedai runcit premium, Mercato, memperluas kedudukannya di negara ini menerusi pembukaan kedai ketiganya di negara ini, di Gurney Plaza di sini hari ini.

MDV peruntuk lebih RM50 juta dana bagi NFCP-VDP

KUALA LUMPUR, 13 Nov-- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) memperuntukkan dana berjumlah lebih RM50 juta di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara- Program Pembangunan Vendor (NFCP-VDP) untuk menyokong pembangunan ekonomi digital.

OLED LG dinobat sebagai TV 4K terbaik oleh Consumer Reports

SEOUL, 13 Nov -- Televisyen OLED (diod pemancar cahaya organik) keluaran LG Electronics Inc, telah dinobat sebagai TV 4K terbaik tahun ini berdasarkan kualiti gambar, sudut tontonan dan bunyinya, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan sebuah majalah pengguna Amerika Syarikat pada Rabu.

108 syarikat tempatan dapat manfaat daripada VDP Petronas dengan nilai kontrak RM9 bilion - Azmin

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Sebanyak 108 syarikat tempatan mendapat manfaat melalui program pembangunan vendor (VDP) Petronas dengan kontrak bernilai kira-kira RM9 bilion setakat Oktober tahun ini.

RM40 juta bangunkan projek pembangunan bercampur di Alor Gajah - Adly

MELAKA, 13 Nov-- Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Syarikat Jit Hoe Hardware Sdn Bhd, anak syarikat di bawah PSA Groups menjalin kerjasama bagi melaksanakan projek pembangunan bercampur merangkumi perumahan dan perniagaan melibatkan nilai pelaburan RM40 juta.

Musim perayaan, pelancongan akan tingkatkan perbelanjaan dalam tempoh terdekat -- AmBank Research

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- AmBank Research menjangka perbelanjaan dalam musim perayaan akan datang dan daripada aktiviti berkaitan pelancongan akan merancakkan kembali sentimen pengguna dalam tempoh terdekat ini. 

Unit BDB lancar projek pembangunan bercampur 33 juta di Bandar Baru

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Unit milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB), Kedah Holdings Sdn Bhd, melancarkan projek pembangunan baharu di Serdang, Bandar Baru di Kedah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM33 juta.