Pelayaran: Muhammad Fauzi-Umar Al Farouk sasar emas Sukan SEA 2019 [ 50m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


AmInvestment naikkan saranan 'overweight' bagi sektor O&G

KUALA LUMPUR, 6 Sept  -- AmInvestment Bank Bhd meningkatkan saranan bagi sektor minyak dan gas (O&G) kepada ‘overweight’ berbanding ‘neutral’ sebelum ini berikutan prospek lebih cerah susulan peningkatan kegunaan aset di peringkat global dan menyokong peningkatan prestasi penyedia khidmat berkaitan.

Perang perdagangan AS-China manfaat industri sarung tangan getah tempatan - Supermax

Pengeluar sarung tangan getah Supermax Corporation Bhd menjangka eksportnya ke Amerika Syarikat (AS) akan meningkat kepada 40 peratus berbanding 30 peratus ketika ini, didorong oleh penjualan sarung tangan getah perubatan berikutan perang perdagangan yang berterusan diantara AS-China.

MoA dan MEA akan kenal pasti tanah Felda untuk penanaman durian

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan mengenal pasti tanah Felda yang akan digunakan untuk menanam durian, bagi membolehkan peneroka mendapat pendapatan tambahan di masa hadapan.

Bursa jangka lebih empat penyenaraian di pasaran LEAP tahun ini

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- Bursa Malaysia Bhd menjangkakan empat lagi penyenaraian akan dilakukan di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) tahun ini berdasarkan asas yang kukuh dalam negara.

MMIS mula didagangkan pada 0.12 sen di pasaran LEAP

KUALA LUMPUR, 6 Sept  — MMIS Bhd disenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia hari ini pada  12 sen, premium dua sen melepasi harga tawaran awam  permulaan (IPO) pada 10 sen.

Saham Affin Bank meningkat selepas laporan berita mengenai potensi jualan perniagaan insurans am

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- Saham-saham  Affin Bank Bhd di Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini selepas bank dan penerbit Perancis AXA SA, mengkaji potensi opsyen untuk menjual perniagaan insurans am dan hayat mereka di Malaysia, melibatkan kira-kira US$650 juta.

Hubungan Moscow-KL semakin kukuh selepas lawatan Dr Mahathir

VLADIVOSTOK, 6 Sept -- Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan lawatan kerja beliau untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur Ke-5 (EEF) di sini sebagai amat berhasil, dengan komitmen untuk menjalin kerjasama lebih rapat dengan negara yang terletak di Timur Jauh, terutamanya Rusia.