MED kenal pasti enam syarikat utama baharu Program Pembangunan Vendor [ 6h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Sektor MSB digesa mematuhi dasar AML/CFT

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Western Union Malaysia, penggiat kiriman wang global, menggesa sektor Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) mematuhi dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

IQI Global lancar pelan latihan untuk tangani pemberhentian pekerja

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Agensi hartanah dan firma penasihat IQI Global melancarkan pelan latihan untuk menangani peningkatan kadar pemberhentian pekerja dalam sektor swasta, dengan memperkasakan tenaga kerja untuk memasuki semula pasaran dengan keyakinan baharu.

Subsidiari Mitrajaya dapat kontrak RM137 juta untuk bina kondominium

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Subsidiari Mitrajaya Holdings Bhd, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, telah mendapat kontrak bernilai RM137 juta membabitkan pembangunan sebuah kondominium berketinggian 37 tingkat di Mont' Kiara.

TIN boleh atasi ekonomi bayangan, kata Deloitte Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Pemberian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas menjelang 2021 boleh menjadi salah satu penyelesaian terbaik dalam menangani 'Ekonomi Bayangan', kata Deloitte Malaysia.

PKS digesa beri tumpuan terhadap pembinaan jenama

GEORGE TOWN, 6 Nov -- Pengusaha dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digesa memberi tumpuan terhadap membina identiti jenama mereka dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan modal dan nilai tambah kepada perniagaan serta pelanggan mereka.

MIER kaji daya maju tawaran RM50 bilion bagi pengambilalihan PLUS

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sedang mengkaji daya maju cadangan daripada kumpulan individu untuk pengambilalihan pegangan sebanyak 51 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd dalam Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd.

Saham PPB melonjak selepas Wilmar umum bina kilang beras terbesar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Saham-saham PPB Group Bhd melonjak hari ini selepas media melaporkan syarikat dengan pemilikan 18.5 peratusnya, Wilmar International Ltd, akan membina kilang beras terbesar di Myanmar.