Penilaian sebaik mungkin sebelum 'buang' pemain - Misbun [ 20m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


MMAG jual tanah di Klang bernilai RM13 juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Anak syarikat MMAG Holdings Bhd Active Trio Deluxe Sdn Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan bebas di Klang kepada pembuat kotak karton, Carton Enterprise Sdn Bhd bernilai RM13 juta.

Kerajaan negeri Pulau Pinang kemuka RFP bagi pembangunan pusat peranginan dan spa tepi pantai

GEORGE TOWN, 4 Nov  -- Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan Permohonan Untuk Cadangan (RFP) yang melibatkan pembangunan sebuah pusat peranginan dan spa di pinggir pantai di Batu Feringghi.

Penyusutan eksport Malaysia akibat kelemahan permintaan global -- pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Eksport Malaysia yang susut 6.8 peratus tahun ke tahun pada September, penurunan tertinggi sejak Oktober 2016 adalah sebahagian daripada kelemahan dalam permintaan global yang memberi kesan kepada seluruh dunia, menurut pakar ekonomi.

15 negara muktamadkan rundingan RCEP tanpa India

BANGKOK, 4 Nov  -- Sebanyak 15 negara yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), telah memuktamadkan rundingan pada malam ini tanpa penyertaan India, sekali gus membuka laluan bagi pemeteraian perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai terbesar di dunia.

Malaysia Airlines tawar potongan sehingga 35 peratus bagi tambang ke semua destinasi

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Malaysia Airlines Bhd menawarkan potongan sehingga 30 peratus ke atas tambang Kelas Ekonomi dan sehingga 35 peratus untuk Kelas Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5 hingga 18 November sempena promosi Jualan Akhir Tahun (YES).

Lynas,MARA Corp bekerjasama majukan sektor hiliran nadir bumi

KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Lynas Malaysia Sdn Bhd yang juga pengeluar bahan nadir bumi terbesar di luar China, turut memberi kelebihan kepada Malaysia di segi peluang untuk membangunkan sektor hiliran industri tersebut.

DRB-Hicom rancang terbit program Sukuk Wakalah sehingga RM3.5 bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- DRB-Hicom Bhd mencadangkan program Sukuk Wakalah nota jangka sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM3.5 bilion di bawah prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar dengan tempoh sehingga 30 tahun.