Jadi pengganggu teknologi yang baik, kata Suriani [ 29m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Lebihan dagangan Malaysia meningkat 15.3 peratus bagi Jan-Sept 2019 kepada RM100.86 bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Lebihan dagangan Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 meningkat sebanyak 15.3 peratus kepada RM100.86 bilion, berbanding RM87.47 bilion dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Sarawak bercadang perkenal cukai jualan negeri terhadap produk aluminium

KUCHING, 4 Nov -- Kerajaan negeri Sarawak bercadang memperkenalkan Cukai Jualan Negeri (SST) pada kadar satu peratus terhadap produk aluminium yang dieksport dari negeri ini, mulai Januari tahun depan.

Usahawan digesa daftar dengan MyIPO untuk sertai protokol Madrid

GEORGE TOWN, 4 Nov -- Usahawan digesa untuk membuat pendaftaran jenama produk mereka dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) supaya dapat menyertai Protokol Madrid yang memberi banyak faedah dan kelebihan kepada mereka.

Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi FSPB

KUALA LUMPUR, 4 Nov  --  Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan  (FSPB) mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai pengerusinya yang baharu berkuat kuasa 1 Nov, 2019, bagi menggantikan Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Belanjawan 2020: Sarawak peruntuk RM9.891 bilion - Abang Johari

KUCHING, 4 Nov – Sejajar dengan inisiatif Sarawak untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan memastikan tiada yang tertinggal, Belanjawan Pembangunan 2020 akan terus menumpukan kepada luar bandar untuk terus merangsang kemajuan ekonomi dengan cadangan belanjawan sebanyak RM9.891 bilion, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

SPK masih medium terbaik dapatkan maklumat percukaian terkini

SANDAKAN, 4 Nov -- Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) masih dianggap medium terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu percukaian daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Samitah.

Saham Media Prima terus merosot susulan pengumuman pengurangan pekerja

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Saham Media Prima Bhd terus merosot dalam sesi dagangan pagi berikutan konglomerat media itu merancang untuk pusingan kedua pengurangan pekerja.