KOM pilih Hup Wei ke kejohanan dunia 2019 [ 2m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Kementerian Hal Ehwal Ekonomi adakan libat urus RMK-12 dengan N.Sembilan

SEREMBAN, 20 Ogos  -- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Malaysia sambut baik kajian semula MAFTA tetapi mahu keutamaan muktamadkan RCEP

CANBERRA, 20 Ogos – Malaysia menyambut baik kajian semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) tetapi sebarang usaha untuk berbuat demikian hanya akan dipertimbangkan selepas rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimuktamadkan.

KLCC REIT catatkan keuntungan bersih RM180.38 juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos  -- Keuntungan bersih KLCC Real Estate Investment Trust (REIT) melonjak kepada RM180.38 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 daripada RM179.15 juta yang dicatatkan pada suku yang sama setahun sebelum ini, berikutan pertumbuhan yang berterusan dalam segmen pejabat, peruncitan serta perhotelan.

Icon Offshore lantik Pengarah Urusan baru

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Icon Offshore Bhd (Icon) melantik Datuk Seri Hadian Hashim sebagai pengarah urusan barunya berkuat kuasa 3 September, 2019.

BEBC Labuan tandatangan MoU dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan

LABUAN, 20 Ogos -- Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Labuan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan (PEDCO)(PEDCOBEBCP) bagi memupuk hubungan ekonomi yang lebih baik.

Unit Genting Malaysia meterai perjanjian penggabungan dengan Empire Resorts

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Hercules Topco LLC, yang dimiliki 49 peratus oleh Genting Malaysia Bhd (GenM) menerusi anak syarikatnya Genting (USA) Ltd (GenUSA), memeterai perjanjian penggabungan dengan Empire Resorts Inc, yang melibatkan pembelian pemegang saham minoriti Empire pada US$9.74 sesaham.

Willowglen MSC raih kontrak bernilai RM6.34 juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Willowglen MSC Bhd meraih kontrak bernilai RM6.34 juta daripada INCSYS Pte Ltd of Singapore untuk pembekalan, pemasangan, pengujian dan pengoperasian sistem pemantauan dan keselamatan bersepadu.