LZNK sasar kutipan zakat RM225 juta tahun ini [ 7m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Program Subsidi Petrol Hanya Untuk Yang Berhak

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR -- Pada awal Oktober lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan analogi menarik mengenai Program Subsidi Petrol (PSP) yang diharap dapat menyakinkan orang ramai mengapa ia amat perlu dilaksanakan. 

Ketika menulis untuk sebuah akhbar tempatan, beliau membuat pembandingan penggunaan petrol antara kereta berkapasiti tangki minyak 30 liter dengan 70 liter.

Ia berpandukan harga petrol RON95 yang sepatutnya sekitar RM2.38 seliter berbanding harga runcit bersubsidi sekitar RM2.08, semasa komentar tersebut disiarkan.

 

Fikirlah: Berhemat Boleh Menjimatkan Perbelanjaan

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR -- Penggunaan elektrik secara proaktif sememangnya boleh menjimatkan bil bayaran elektrik seperti yang dibuktikan oleh rakan sepejabat saya, Adira dan keluarganya,

Sejak empat bulan lalu, mereka berjaya mengurangkan bayaran bil elektrik sehingga hanya perlu membayar sekitar RM100 sebulan!

“Berapa bil akak (panggilan mesra saya untuk Adira) setiap bulan dan bagaimana boleh berjimat begitu banyak sekali? Selalunya yang saya dengar, orang boleh berjimat mungkin antara RM10 atau RM20 sahaja.

Satu Kes Polio Sudah Dikira Wabak

Oleh Sakina Mohamed

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah, yang dijangkiti polio belum sempat menerima imunisasi polio yang sepatutnya dan dengan demikian tidak mendapat perlindungan daripada penyakit itu, kata perunding pakar pediatrik dan ahli imunologi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, bayi perlu menerima vaksin polio tidak aktif (IPV) pada usia dua bulan, tiga bulan dan lima bulan. Bayi itu juga perlu diberi dos tambahan apabila mencapai usia 18 bulan.

Bagaimana pun, bayi yang dijangkiti virus polio itu hanya menerima dos pertama imunisasi polio dan menyebabkan ia tidak menerima imunisasi yang secukupnya, kata Dr Musa.

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Oleh Tengku Faezah Tengku Yusof

KUALA LUMPUR -- Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan. 

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.

“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wajar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.

Sukan Inspirasi Tema Filem Tamil

Oleh Ravindran Raman Kutty

Penulis Ravindran Raman Kutty adalah pengamal komunikasi dan felo Institut Perhubungan Awam Malaysia.

KUALA LUMPUR (Bernama) - Kesempatan cuti Deepavali yang lalu memberi peluang kepada saya dan keluarga menghabiskan masa bersama-sama berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan di rumah ibu kami.

Pada malam sambutan Deepavali, kami menjamu selera secara tradisional berpinggankan daun pisang sambil duduk di lantai.

Bagi mengisi masa lapang, pada hari Deepavali kami menonton filem Karate Kid yang dibintangi Jackie Chan dan Jaden Smith di saluran HBO.

Senyuman Dan Bakat Nassier Wahab Dalam Kenangan

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penyanyi Alif Satar pernah berkongsi melalui instagramnya tahun lepas rahsia awet muda bapa saudaranya, penyanyi Datuk Nassier Wahab yang sentiasa mengamalkan bacaan surah Yusuf bagi menaikkan seri wajah beliau.

Ini kerana ramai yang ingin tahu bagaimana wajah penyanyi kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah itu seperti tidak dimamah usia dan sentiasa tampak kacak dan sihat di khalayak ramai.

Apabila lewat tengah malam tadi, ketika tular berita penyanyi lagu "Sekali Aku Jatuh Cinta” berusia 57 tahun itu kembali ke rahmatullah, sudah tentu ia memeranjatkan rakan-rakan rapat, para peminat dan industri hiburan tanah air .

Roti Paung Popular Terengganu Kini Di Nilai

Oleh Nurfardlina Izzati Moktar

NILAI (Bernama) -- Roti paung, sejenis bun yang begitu sinonim dan popular di Terengganu kerana keenakan dan teksturnya yang gebu, kini boleh dinikmati di Nilai, Negeri Sembilan.

Kedai Roti Paung Che Wan cawangan Nilai yang baru beroperasi di sebuah premis di hadapan Aeon Mall dekat sini, sejak 1 Mei lepas memudahkan penggemarnya untuk membeli roti berkenaan.

Apa yang pasti, para penggemarnya tidak lagi perlu menempuh jarak kira-kira 450 kilometer, semata-mata mahu menikmati roti paung di Kuala Terengganu.