Perak minat tingkatkan keselamatan sempadan [ 3h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Lelaki Kerap Ceroboh Parkir Wanita

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Soon Li Wei

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kemudahan kawasan parkir khas untuk wanita di pusat beli-belah sepatutnya memberikan kelegaan, keselesaan dan rasa lebih selamat bagi kaum Hawa yang bersendirian atau membawa anak kecil.

Namun, sebaliknya berlaku kerana kawasan parkir yang disediakan khas untuk wanita itu sering dicerobohi golongan lelaki.

Suri rumah, Siti Mahziyatul Abdullah, 37, berkata kemudahan itu sangat bermakna baginya yang sering kali berseorangan ataupun hanya bersama anak kecil berumur tiga tahun ketika mengunjungi pusat beli-belah di Lembah Klang.

Semangat Ibu Cetuskan Projek Bunga Pads

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Haid masih dianggap sebagai perkara tabu untuk dibincangkan oleh kalangan wanita.

Pada masa sama, ramai pelajar perempuan di  kawasan pedalaman enggan ke sekolah setiap kali didatangi haid kerana rasa malu dan rendah diri.

Situasi itu bukan sahaja berlaku di negara kurang membangun seperti Nepal, Bangladesh dan India malah turut dialami pelajar di perkampungan Orang Asli dan di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Usahawan Mi Mahu Kembang Perniagaan Ke Tanah Suci

Oleh Muhammad Basir Roslan

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Walaupun didiagnos dengan penyakit sakit tulang belakang yang teruk (Degenerative Lumber Prolapse) pada 1995 namun Md Sabidi Abdullah, 70, berjaya membuktikan kesakitan dan faktor umur bukanlah penghalang untuk beliau menjadi usahawan yang berjaya.

Md Sabidi yang kini mengusahakan restoran Mi Masjid bersebelahan Masjid Firdaus, Segambut dengan dibantu oleh dua orang anak lelakinya sejak 2010 itu berkata penyakit yang membuatkan beliau berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) itu bukan alasan untuk tidak bekerja.

Malahan lebih membanggakan, usaha gigih Md Sabidi mengusahakan perniagaannya walaupun menghadapi sakit kepala setiap kali bergerak terbukti menjadi inspirasi kepada semua apabila beliau dinamakan sebagai salah seorang Tokoh Usahawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada majlis Semarak Syawal MAIWP, awal Julai lalu.