CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2 [ 3h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Kim Swee senarai Luqman Hakim ke sesi latihan B-22 hadapi Sukan SEA 2019

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin merupakan antara 28 pemain yang dipilih Datuk Ong Kim Swee untuk mengikuti sesi latihan pusat skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan bermula Isnin ini (4 Nov) bagi menghadapi Sukan SEA ke-30 di Filipina, bulan hadapan.

Perlumbaan LTdF 2019 ditunda kerana Sukan SEA Filipina 2019

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Jelajah berbasikal wanita antarabangsa, Le Tour de Femina (LTdF) 2019, yang dijadual dari 16 hingga 21 Nov ini ditangguh kerana pasukan dalam dan luar negara sibuk dengan persiapaan menghadapi temasya Sukan SEA Filipina 2019, bermula 30 Nov ini.

Tumpuan Marquez mahu bantu pasukan raih gelaran pasukan juara dunia

SEPANG, 31 Okt -- Juara dunia, Marc Marquez mempunyai peluang untuk memadam rekod pungutan mata tertinggi dalam MotoGP semusim tetapi beliau lebih tertumpu untuk membantu pasukan Repsol Honda merangkul gelaran pasukan juara dunia.

Pemangku Raja Pahang dicalon rebut jawatan presiden MHC

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) bercadang untuk mencalonkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah untuk jawatan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-66, 16 Nov ini.

RedONE penaja terbesar TFC musim depan

KUALA TERENGGANU, 31 Okt -- Semangat juang serta dedikasi tinggi yang dipamerkan pasukan Terengganu FC (TFC) sepanjang liga Malaysia (Liga M) musim ini mendapat perhatian syarikat telekomunikasi redONE yang tampil memberi tajaan terbesar musim depan.

FAM hantar dua pengadil kendali perlawanan di Jepun

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Kualiti yang dimiliki pengadil tempatan terus mendapat perhatian negara luar apabila dua pengadil Malaysia telah dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan dua aksi persahabatan, membabitkan pasukan Jepun dan skuad Bawah 22 (B-22) negara berkenaan, pada bulan hadapan.

Malaysia perlu lebih berdaya saing - Maloney

SEPANG, 31 Okt -- Jurulatih skuad bawah 18 (B-18) tahun negara, Brad Maloney menuntut anak buahnya supaya berdaya saing dan memiliki kesungguhan tinggi pada pusingan kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Phnom Penh, bermula Sabtu ini.