Golf Terbuka Malaysia kembali Mac 2020 [ 6m ago ]

LAGI Berita

Perjanjian perdagangan Amerika Utara sahaja tak mampu pacu pertumbuhan ekonomi Mexico - badan pemikir

BANDAR MEXICO, 16 Dis -- Perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara sahaja tidak akan mampu memacu pertumbuhan ekonomi di Mexico, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sebuah badan pemikir sektor swasta pada Ahad.

Tak perlu tunggu "Perjanjian Abad Ini" yang dipelopori AS - PM Palestin

RAMALLAH, 16 Dis -- Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Ahad berkata negara itu menolak pelan damai yang dipelopori Amerika Syarikat (AS), atau lebih dikenali sebagai "Perjanjian Abad Ini," lapor agensi berita China Xinhua.

Stadium Nasional Tokyo sedia untuk penganjuran Sukan Olimpik musim panas 2020

ANKARA, 16 Dis -- Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Ahad merasmikan Stadium Nasional Jepun yang dibina untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo musim panas akan datang, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Persidangan Perubahan Iklim di Madrid berakhir dengan kekecewaan

MADRID, 16 Dis -- Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-25 (COP25) membuahkan kekecewaan dari segi jangkaan menerusi keputusan muktamad yang dikeluarkan pada Sabtu selepas rundingan berterusan dalam kalangan delegasi yang mengambil bahagian, lapor agensi berita Turki Anadolu.

27 maut dalam insiden lombong emas runtuh di Congo

KIGALI (Rwanda), 16 Dis-- Sekurang-kurangnya 27 pelombong terbunuh apabila sebuah lombong emas runtuh di timur laut Republik Demokratik Congo, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa pada Ahad.

Angka korban gempa bumi Filipina meningkat kepada empat orang

HANOI, 16 Dis  -- Angka korban akibat bencana gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda kawasan berhampiran bandar Davao di Pulau Mindanao yang terletak di selatan Filipina pada Ahad telah meningkat kepada empat orang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik laporan terkini.

Korea Selatan pelanggan senjata AS keempat terbesar di dunia

SEOUL, 16 Dis  -- Korea Selatan merupakan pembeli senjata Amerika Syarikat (AS) yang keempat terbesar di dunia sejak 10 tahun lepas, lapor agensi berita Yonhap memetik data kerajaan pada Isnin.