Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong [ 4m ago ]

LAGI Berita

Erdogan, Trump bakal bertemu di Washington pada 13 Nov

ANKARA, 7 Nov -- Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan pertemuan mereka di Washington DC 13 Nov ini ketika berbual di telefon pada Rabu. 

UAE lantik semula Sheikh Khalifa bin Zayed sebagai Presiden

ABU DHABI, 7 Nov -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melantik Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan sebagai presiden baharu negara itu, yang menyaksikan beliau mengekalkan jawatan berkenaan bagi penggal keempat berturut-turut.

Presiden Korea Selatan temui ketua agensi berita bagi rantau Asia Pasifik pada Khamis

SEOUL, 7 Nov  -- Presiden Moon Jae In dijadualkan bertemu ketua-ketua agensi berita dari rantau Asia Pasifik pada Khamis dalam usaha beliau untuk meraih perhatian dan sokongan berterusan bagi proses damai Korea serta sidang kemuncak khas akan datang dengan negara-negara Asia Tenggara, menurut Cheong Wa Dae (Rumah Biru).

37 maut dalam serangan ke atas konvoi pekerja lombong di Burkina Faso

TRENTON, 7 Nov  -- Satu serangan ke atas konvoi yang dalam perjalanan ke sebuah lombong emas milik syarikat Kanada di Burkina Faso pada Rabu telah menyebabkan 37 orang maut manakala lebih 50 lagi cedera, lapor agensi berita Turki Anadolu.

PM Thailand arah tingkat keselamatan, buru penyerang di selatan Thailand

BANGKOK, 6 Nov  -- Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan keselamatan dan memburu dalang serangan di Wilayah Yala, di selatan negara itu yang meragut nyawa 15 orang semalam.

Serangan di dua pos keselamatan di selatan Thailand: 15 maut, empat cedera

YALA, 6 Nov  -- Seramai 15 individu termasuk dua wanita maut, manakala empat orang lagi mengalami kecederaan dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di dua pos kawalan keselamatan di selatan Thailand semalam.

Korea Utara dakwa sekatan antarabangsa punca gagal lunas sumbangan PBB

SEOUL, 6 Nov -- Korea Utara mendakwa sekatan antarabangsa menyebabkan pihaknya gagal melunaskan sumbangan kepada dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Amerika Syarikat (AS) untuk menarik balik sekatan itu, lapor agensi berita Yonhap.