MED kenal pasti enam syarikat utama baharu Program Pembangunan Vendor [ 6h ago ]

LAGI Berita

Kebebasan beragama di Turki dilindungi di bawah perlembagaan - duta

ROM, 1 Nov -- Kebebasan beragama di Turki adalah dilindungi di bawah perlembagaan negara itu, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Duta Turki ke Vatican pada Khamis.

Angka korban insiden kereta api terbakar di Pakistan meningkat kepada 74 orang

ISLAMABAD, 1 Nov -- Angka korban dalam kebakaran kereta api penumpang di timur laut Pakistan telah meningkat kepada 74 orang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai pada lewat Khamis.

WhatsApp dedah wartawan India diintai perisian intip Israel

NEW DELHI, 1 Nov -- Platform media sosial milik Facebook dan aplikasi mesej bagi telefon pintar, WhatsApp, mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 24 rakyat India, termasuk wartawan, peguam dan aktivis hak asasi manusia telah diintai oleh perisian intip Israel pada Mei tahun ini.

Tujuh hilang dalam insiden helikopter terhempas berhampiran Dokdo, Korea Selatan

POHANG/DAEGU (Korea Selatan), 1 Nov -- Tujuh rakyat Korea Selatan masih belum ditemui pada Jumaat pagi, beberapa jam selepas sebuah helikopter yang mereka naiki terhempas di perairan berhampiran kepulauan kecil Dokdo di Laut Timur, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan perkhidmatan bomba tempatan.

Bangkok bersedia untuk Sidang Kemuncak Asean ke-35

BANGKOK, 31 Okt  -- Thailand sedang membuat persiapan terakhir bagi Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Mesyuarat berkaitan yang bakal mengumpulkan semua pemimpin di rantau ini bagi menghadiri mesyuarat tahunan itu bermula 2 Nov ini.

Angka korban kereta api terbakar di Pakistan meningkat kepada 62 orang

NEW DELHI, 31 Okt -- Angka korban dalam insiden kereta api terbakar di wilayah Punjab yang terletak di timur laut Pakistan telah meningkat kepada 62 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media pada Khamis.

Twitter umum larangan global terhadap semua iklan politik

WASHINGTON, 31 Ogos  -- Ahli politik, penganalisis dan kaki sibuk terpaksa melupakan platform media sosial Twitter pada masa akan datang untuk kempen pilihan raya di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia selepas Ketua Eksekutifnya, Jack Dorsey, mengumumkan larangan terhadap semua iklan politik, lapor agensi berita Rusia Sputnik pada Khamis.