Lebih 5,000 penyokong JDT sambut kejayaan rangkul juara enam musim [ 24m ago ]

LAGI Berita

Deutsche Bank lancar pelan penstrukturan semula, hentikan urus niaga saham

Deutsche Bank, bank komersial terbesar di Jerman, pada Ahad mengumumkan bahawa ia akan menarik diri daripada perniagaan perdagangan saham global sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula untuk meningkatkan keuntungan, lapor agensi berita China Xinhua.

Kesilapan semasa berkhatan ragut 17 nyawa di Afrika Selatan

Kesilapan semasa proses berkhatan telah meragut 17 nyawa di Afrika Selatan sejak upacara inisiasi musim sejuk bermula pada Jun, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa pada Ahad.

Pasukan kebangsaan AS julang Piala Dunia Wanita FIFA 2019

MOSCOW, 8 Julai (Bernama) -- Pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat telah menjulang kejuaraan Piala Dunia Wanita FIFA 2019 selepas menewaskan Belanda 2-0 pada perlawanan akhir, lapor agensi berita Sputnik.

Korea Selatan hantar tentera bergilir ke Sudan Selatan

SEOUL, 8 Julai (Bernama) -- Satu kontinjen baharu tentera Korea Selatan akan dihantar ke Sudan Selatan lewat bulan ini untuk menjalankan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pasukan keselamatan itu pada Isnin.

Oman umum senarai awal calon bagi pilihan raya parlimen

MUSCAT, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Oman pada Ahad mengumumkan senarai awal calon bagi pemilihan Dewan Perundingan, iaitu dewan rakyat di parlimen, yang dijadual berlangsung pada Oktober, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan kementerian itu.

Pendirian Jordan berhubung isu Palestin jelas, tidak boleh dipertikai

AMMAN, 8 Julai (Bernama) -- Pendirian Jordan berhubung isu Palestin adalah jelas serta tidak boleh dipertikai dan negara itu tidak akan menerima sebarang perjanjian atau resolusi berkaitan konflik itu yang akan menafikan hak rakyat Palestin kepada kenegaraan dan pengunduran Israel sepenuhnya dari tanah yang didudukinya pada 1967, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Menteri Negara Jordan bagi Hal Ehwal Media Jumana Ghunaimat.

Korea Selatan labur US$425 juta dalam projek bandar pintar di luar negara

SEOUL, 8 Julai (Bernama) -- Korea Selatan akan melabur sebanyak 500 bilion won (US$425 juta) dalam projek bandar pintar di luar negara untuk dibina oleh syarikat tempatan dalam usaha memupuk bandar pintar sebagai pemacu pertumbuhan masa depan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian pengangkutan pada Isnin.