Polis tembak mati tiga lelaki edar dadah, buat senjata api [ 4m ago ]

LAGI Berita

Keputusan awal pilihan raya presiden Romania, penyandang dalam kedudukan selesa

BUCHAREST, 25 Nov -- Keputusan awal menunjukkan penyandang Klaus Iohannis mendahului pilihan raya presiden Romania pada Ahad dengan mendapat 64.8-66.5 peratus undi, lapor agensi berita Xinhua.

Pro-demokrasi menang besar dalam pilihan raya tempatan Hong Kong

ANKARA, 25 Nov -- Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong memperoleh kemenangan majoriti di sekurang-kurangnya 12 daripada 18 majlis daerah dalam pilihan raya tempatan yang berlangsung pada Ahad, memetik media tempatan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Angka korban pesawat terhempas di Congo meningkat 29 orang

GOMA (Congo), 25 Nov -- Angka korban akibat nahas pesawat berhampiran Lapangan Terbang Goma di timur Congo meningkat kepada 29 orang, lapor agensi berita Anadolu Agency memetik pihak berkuasa.

Dewan perwakilan AS lulus Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia Hong Kong

WASHINGTON, 21 Nov -- Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan dua rang undang-undang yang bertujuan menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong, lapor agensi berita Turki Anadolu. 

Nahas bas ragut 12 nyawa di barat India

NEW DELHI, 23 Nov -- Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang kanak-kanak dan lima wanita, maut manakala 10 lagi cedera dalam satu kemalangan di negeri Rajasthan yang terletak di barat India pada Sabtu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai polis tempatan.

Kerajaan sementara Bolivia tuduh Morales semai bibit perselisihan

ANKARA, 23 Nov -- Kerajaan sementara Bolivia pada Jumaat menuduh bekas Presiden Evo Morales menyemai bibit-bibit perselisihan di negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan.