MDFA 2019 di Finas Sabtu ini [ 1m ago ]

LAGI Berita

Biden dahului pesaing lain dari Demokrat bagi pencalonan rebut jawatan presiden - tinjauan pendapat

WASHINGTON, 28 Nov -- Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden terus mendahului pesaingnya dalam pencalonan Demokrat bagi merebut jawatan presiden, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik survei pada Rabu.

Penunjuk perasaan Iraq bakar Konsulat Iran di Najaf

BAGHDAD, 28 Nov -- Penunjuk perasaan Iraq pada Rabu membakar Konsulat Iran di Najaf, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Trump tandatangan undang-undang sokong penunjuk perasaan Hong Kong

NEW YORK, 28 Nov -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu menandatangani undang-undang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong yang mendakwa ingin mengekang tahap kawalan Beijing ke atas kehidupan mereka, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Rumah Putih.

Letupan bom di landasan kereta api di Narathiwat

NARATHIWAT,  27 Nov  -- Sebutir bom meletup di landasan kereta api di Daerah Sungai Padi, Narathiwat namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada awal pagi hari ini.

Pasangan suami isteri dari New Zealand dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana mendera lembu

WELLINGTON, 27 Nov  -- Pasangan suami isteri dihukum penjara serta didenda kerana melakukan penderaan dan pengabaian terhadap haiwan peliharaan mereka di sebuah ladang di New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

FSB Rusia dedah percubaan lelaki jual rahsia tentera kepada perkhidmatan khas asing

UFA, 27 Nov -- Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) mendedahkan satu percubaan oleh seorang penduduk bandar Izhevsk untuk menjual maklumat membabitkan rahsia negara mengenai pembangunan ruang udara tentera kepada perkhidmatan khas asing, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Jabatan FSB bagi Republik Udmurt pada Rabu.

Tragedi Dhaka 2016, tujuh militan dijatuhi hukuman mati

MOSCOW, 27 Nov -- Tujuh tertuduh dijatuhi hukuman mati pada Rabu kerana terbabit dengan kes serangan ke atas sebuah kafe di Dhaka pada 2016 yang meragut puluhan nyawa termasuk warga asing, lapor agensi berita Sputnik.