OKT terjun dari tingkat tiga bangunan mahkamah [ 7m ago ]

LAGI Berita

Menteri-menteri ASEAN berhimpun di Kemboja bincang kerjasama alam sekitar, isu pencemaran jerebu

SIEM REAP, 9 Okt  -- Menteri-Menteri Alam Sekitar dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bermesyuarat di sini pada Selasa bagi membincangkan beberapa isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran jerebu rentas sempadan, lapor agensi berita China Xinhua.

Korea Selatan terima penghargaan daripada ICAO

SEOUL, 9 Okt -- Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) merakamkan penghargaan kepada Korea Selatan di atas sumbangan negara itu dalam meningkatkan keselamatan penerbangan global, lapor agensi berita Yonhap.

Loji penapis minyak pertama Mongolia dijangka siap menjelang 2022

ULAN BATOR, 9 Okt  -- Satu majlis perasmian projek pembinaan fasiliti infrastruktur untuk menyokong cadangan projek loji penapis minyak diadakan di tenggara Dornogovi, Mongolia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Senarai hitam 28 entiti: Kementerian Perdagangan China bantah tindakan AS

BEIJING, 9 Okt  -- Kementerian Perdagangan (MOC) China membantah langkah Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam 28 lagi entiti dan menggesa negara berkenaan menarik balik tindakan itu secepat mungkin, lapor agensi berita Xinhua.

Singapura, Indonesia setuju bincang isu pengurusan ruang udara, latihan ketenteraan

SINGAPURA, 9 Okt  -- Singapura dan Indonesia telah bersetuju membincangkan satu rangka kerja berkaitan isu dua hala yang berlarutan iaitu pengurusan ruang udara dan latihan ketenteraan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Lebih 450 individu ditahan dalam tunjuk perasaan berkaitan isu alam sekitar di London

LONDON, 9 Okt  -- Lebih 450 individu ditahan dalam tempoh 24 jam pertama demonstrasi besar-besaran apabila penunjuk perasaan digelar Extinction Rebellion menyebabkan gangguan yang masuk hari kedua di pusat bandar London pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Ketua PBB gesa negara anggota segera bayar hutang

NEW YORK, 9 Okt  -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menggesa negara anggota untuk melunaskan hutang mereka dengan kadar segera, lapor agensi berita Xinhua.