Aksi kalah mati ke Liga Premier 2020 pada 23 Nov [ 24m ago ]

LAGI Berita

Pesta Loy Krathong: 160 penerbangan dibatal atau dijadual semula

BANGKOK, 8 Nov -- Lapangan Terbang Thailand (AoT) pada Jumaat telah mengemas kini media bahawa kira-kira 160 penerbangan telah dibatalkan atau dijadualkan semula bagi mengelak berlaku tragedi akibat tanglung yang terapung di udara semasa Pesta Loy Krathong pada 10 hingga 12 Nov, lapor agensi berita China Xinhua.

Turki lancar operasi Kiran-5 di bahagian timur

ANKARA, 8 Nov -- Kementerian Dalam Negeri Turki mengumumkan pada Jumaat bahawa ia telah memulakan Operasi Kiran-5 dengan kekuatan 2,625 anggota dan 179 unit di bahagian timur negara itu, lapor agensi berita Anadolu. 

Pekerja pos Finland lancar mogok selama dua minggu mulai Isnin

HELSINKI, 8 Nov -- Pekerja pos di Finland akan melancarkan mogok selama dua minggu yang boleh menyebabkan kelewatan dalam penghantaran surat, umum pendamai nasional Vuokko Piekkala pada Khamis.       

Ekspatriat Vietnam di uk peringati 39 mangsa tragedi kontena lori di Essex

LONDON, 8 Nov -- Satu delegasi terdiri daripada petugas Kedutaan Vietnam dan anggota persatuan ekspatriat serta pelajar Vietnam di United Kingdom yang diketuai Duta Besar Tran Ngoc An telah meletakkan kalungan bunga di Thurrock Council pada Khamis bagi memperingati 39 rakyat Vietnam, mangsa tragedi kontena lori di Essex.

Kanada berjaya lakukan pembedahan aneurisma otak dibantu robot pertama di dunia

OTTAWA, 8 Nov -- Sepasukan doktor Kanada telah berjaya menyempurnakan pembedahan aneurisma otak pertama di dunia yang dibantu robot, sekali gus memberikan harapan untuk rawatan lebih baik kepada pesakit aneurisma dan strok, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan rangkaian televisyen tempatan CTV pada Khamis.

Tentera arah sistem pengawal kampung di selatan Thailand dibaik pulih, diganti susulan serangan kejam

BANGKOK, 8 Nov -- Tentera Thailand telah mengumumkan bahawa sistem pengawal kampung semasa yang digunakan di kebanyakan kawasan di wilayah bergolak di selatan negara itu akan dibaik pulih sepenuhnya dan diganti dengan sistem penjagaan mudah alih, lapor agensi berita China Xinhua.

UNGA terima pakai resolusi gesa AS henti sekatan ke atas Cuba

NEW YORK, 8 Nov  -- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Khamis menerima pakai resolusi yang menggesa Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan sekatannya ke atas Cuba, dan ini merupakan kali ke-28 badan dunia itu meluluskan resolusi seumpamanya, lapor agensi berita China Xinhua.