EcoWorld shares up on new JV with PowerChina [ 15m ago ]

BERITA DUNIA


Pertemuan Putin-Trump di Jepun masih belum muktamad

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
PRAGUE (Republik Czech), 12 Jun (Bernama) -- Pertemuan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun akhir Jun ini masih belum muktamad, andai Washington tidak memberikan sebarang petunjuk konkrit, ia mungkin sekadar pertemuan tidak rasmi, lapor agensi berita Sputnik.

Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton pada Selasa mengatakan Trump berharap untuk mengadakan pertemuan dengan Putin dan Presiden China Xi Jinping di Osaka.

"Dorongan yang kuat perlulah dari pihak AS, jika dorongan itu tiada maka apa yang saya faham pertemuan antara Putin dan Trump masih boleh diadakan, tetapi sekadar perjumpaan biasa," Timbalan Menteri Luar Rusia Sergey Ryabkov.

Beliau berkata setakat ini, Washington masih belum mengemukakan sebarang cadangan konkrit berhubung pertemuan itu.

"Kami tidak menerima sebarang maklum balas tetapi hanya mendengarnya daripada wakil AS, seharusnya untuk pertemuan penting seperti itu, ia tidak sekadar melalui beberapa kenyataan tidak rasmi," ujar beliau.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu