MTW2019 Kick off today [ 3h ago ]

BERITA DUNIA


Culik dua wanita Kanada, Ghana tahan enam suspek

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
ACCRA (Ghana), 13 Jun (Bernama) -- Para pegawai keselamatan Ghana menahan lapan suspek kerana disyaki menculik dua wanita muda Kanada di Kumasi, 280 kilometer di utara ibu negara itu, dedah Menteri Penerangan Kojo Oppong Nkrumah pada lewat Rabu.

Suspek terdiri daripada lima rakyat Ghana dan tiga rakyat Nigeria, yang ditahan oleh pasukan keselamatan yang menjalankan operasi bagi menyelamatkan mangsa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan menteri berkenaan.

Bailen Chitty, 19, dan Lauren Patricia Catherine, 20, yang diculik pada 4 Jun, telah diselamatkan pada awal pagi Rabu di Kenyasi berhampiran Kumasi, di mana mereka ditahan oleh penculik.

Menurut menteri itu, suspek telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan namun berjaya dipatahkan, yang membawa kepada kejayaan menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata keseluruhan operasi itu dilaksanakan pasukan Ghana.

Katanya mangsa telah diterbangkan ke Accra dan sedang menjalani penilaian yang diperlukan susulan pengalaman traumatik mereka.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu