Lebih 5,000 penyokong JDT sambut kejayaan rangkul juara enam musim [ 2m ago ]

BERITA DUNIA


Lelaki ditahan selepas panjat pagar depan Istana Buckingham

Tarikh kemaskini: 11/07/2019
LONDON, 11 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki telah ditahan selepas memanjat pintu pagar depan Istana Buckingham pada awal pagi Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Perkhidmatan Polis Metropolitan, lelaki berusia 22 tahun itu, yang belum dikenal pasti oleh polis, tidak membawa sebarang senjata dan insiden tersebut tidak mempunyai kaitan dengan tindakan keganasan.

Polis berkata lelaki itu ditahan kerana disyaki menceroboh oleh para pegawai khas istana.

Seorang jurucakap istana mengesahkan bahawa ketika kejadian, Ratu berada di istana itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu