25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

BERITA DUNIA


Afghanistan: lima terbunuh pengebom bunuh diri letupkan diri pada majlis perkahwinan

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
JALALABAD (Afghanistan), 12 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan jaketnya yang mengandungi bahan letupan di dalam satu majlis perkahwinan di wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Menurut jurucakap kerajaan wilayah Ataullah Khogyani, kejadian berlaku pada pagi Jumaat ketika orang ramai menghadiri majlis perkahwinan di rumah komander militia pro-kerajaan Malik Toor di daerah Pachir Agam.

"Lima terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam insiden letupan itu. Mereka yang cedera dihantar ke hospital di ibu kota wilayah Jalalabad," kata jurucakap itu.

Jumlah korban dikhuatiri meningkat memandangkan terdapat mangsa mengalami kecederaan serius.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab di atas kejadian itu dan Taliban menafikan anggotanya terbabit dalam serangan itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu