25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

BERITA DUNIA


Restoran kopi Colombia terkenal, Juan Valdez Cafe buka cawangan kelima di Malaysia

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
Presiden Persatuan Wanita Latin di Malaysia Gisela Zeiner (belakang, tengah) bersama wanita-wanita negara latin yang hadir sempena pembukaan cawangan Kafe Juan Valdez di sebuah pusat membeli belah di Bandar Seri Hartamas, semalam.
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Rangkaian restoran kopi Colombia terkenal dunia, Juan Valdez Cafe buka cawangannya yang kelima di pusat beli-belah Hartamas, di sini pada Khamis.

Ia juga merupakan outlet terbaru sejak rangkaian kafe itu diwujudkan di Malaysia pada 2014.

Kenyataan pemegang francais kopi itu, Our Coffee Sdn Bhd berkata kedai baharu itu akan mengekalkan format 'Origins' - yang menawarkan rasa kopi sebenar dari wilayah Colombia.

Antara hidangan menarik ditawarkan termasuk 'Romeo & Juliet', Portugal Tarts dan Cod Fish Pie.

Pengurus Operasi Our Coffee Sdn Bhd Khalip Latif berkata, Malaysia satu-satunya negara Asia Tenggara yang mempunyai rangkaian cafe kopi itu.

"Bagi pencinta kopi tegar di luar sana, mereka akan dapat merasai nikmat kopi sebenar," katanya kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama.

Majlis pembukaan itu turut dihadiri tetamu dari Persatuan Wanita Latin dan penggemar kopi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Latin Gisela Zeiner berkata kopi dari Colombia dianggap yang terbaik di rantau Amerika Latin.

Colombia kini menjadi pengeksport ketiga kopi di dunia selepas Brazil dan Vietnam.

Negara itu mengeksport lebih kurang 11,000,000 beg kopi setiap tahun, kebanyakannya ke Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Jepun dan Itali.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu