Skydivers fly Jalur Gemilang to express love for country [ 7m ago ]

BERITA DUNIA


Tentera cedera dalam letupan berganda di selatan Filipina

Tarikh kemaskini: 13/08/2019
MANILA, 13 Ogos (Bernama) -- Letupan berganda yang menggegar sebuah perkampungan terpencil di selatan Filipina pada Selasa telah menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah. Agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Brigidier Jeneral Marni Marcos, Pengarah Polis Serantau Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM), bahawa mangsa yanag cedera terkena letupan kedua semasa menjaga lokasi letupan pertama di Igasan, sebuah kampung di pekan Patikul dalam wilayah Sulu. "Letupan kedua berlaku kira-kira 10 meter dari lokasi letupan pertama," kata Marcos dalam satu laporan. Letupan kedua berlaku pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan di Igasan. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pertama, menurut laporan itu. Pihak tentera menghantar unit K9 ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Semasa pasukan itu menjalankan operasi pembersihan, laporan itu berkata letupan kedua berlaku pada kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan yang menyebabkan seorang anggota cedera. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu setakat ini. Satu siasatan pasca letupan sedang diijalankan, menurut laporan itut. "Butiran lanjut insiden itu akan diberikan sebaik sahaja diperoleh," kata Marcos. -- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu