China's commercial carrier rocket smart dragon-1 makes maiden flight [ 5h ago ]

BERITA DUNIA


Trump tangguh beberapa tarif ke atas China sehingga Disember

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
WASHINGTON, 14 Ogos (Bernama) -- Tarif 10 peratus yang didakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan dikenakan ke atas barangan China bernilai US$300 bilion akan ditangguh sehingga 15 Dis, umum Wakil Perdagangan AS pada Selasa.

Agensi berita Turki Anadolu melaporkan bahawa wakil itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab penangguhan itu dilakukan selain memberi alasan berkaitan "komen umum dan proses pendengaran."

Item yang akan terjejas termasuk telefon bimbit, komputer riba, konsol permainan video, mainan tertentu, monitor komputer serta beberapa jenis kasut dan pakaian.

Sementara itu, beberapa item tertentu yang tidak dinyatakan telah digugurkan terus daripada senarai tarif itu "berdasarkan faktor kesihatan, keselamatan, keselamatan negara dan lain-lain serta tidak akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus," kata wakil perdagangan itu.

Perang perdagangan yang sedang berlangsung antara kedua kuasa ekonomi dunia itu telah menjejaskan pasaran global.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu