China's commercial carrier rocket smart dragon-1 makes maiden flight [ 4h ago ]

BERITA DUNIA


Kira-kira 100 migran diselamat berhampiran pantai barat Libya

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
TRIPOLI, 14 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Selasa berkata kira-kira 100 migran telah diselamatkan berhampiran pantai barat Libya, lapor agensi berita China Xinhua.

"Kira-kira 100 migran kembali ke pantai Libya di tengah-tengah pertempuran yang semakin memuncak. Meskipun pasukan kami berada di sana untuk menyalurkan bantuan segera, kami ingin mengulangi bahawa Libya bukanlah pelabuhan yang selamat untuk melakukan pendaratan,” menurut IOM Libya di Twitter.

Lebih 100 migran hilang selepas bot mereka karam berhampiran pantai bandar Khoms, kira-kira 120 kilometer di timur ibu kota Tripoli, kata IOM pada lewat Julai.

Sejak awal April, kerajaan Libya yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah terlibat dalam konflik bersenjata dengan tentera pemberontak yang berpangkalan di bahagian timur, yang cuba mengambil alih ibu kota dan menggulingkan kerajaan.

Pertempuran setakat ini meragut lebih 1,000 nyawa, mencederakan lebih 5,700 orang dan menyebabkan lebih 120,000 lagi menjadi pelarian domestik, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Susulan keadaan tidak selamat dan kekecohan yang berlaku, Libya telah menjadi negara transit pilihan bagi migran yang cuba menyeberangi Mediterranea untuk ke Eropah dengan kebanyakan mereka mempertaruhkan nyawa masing-masing di sepanjang perjalanan itu.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu