Kim raih gelaran sulung ADT pada Kejohanan PGM MNRB [ 45m ago ]

BERITA DUNIA


Anggota polis di bandar sempadan Britain dilempar bom petrol

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
LONDON, 11 Sept -- Lebih 40 bom petrol dilempar ke arah anggota polis di Londonderry, bandar kedua terbesar di Ireland Utara, demikian menurut polis lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian yang berlaku di bandar berhampiran sempadan Republik Ireland itu, menyebabkan amaran keselamatan dikeluarkan di Creggan pada Isnin.

Serangan dipercayai dilakukan kumpulan dikenali New IRA yang menyasarkan anggota polis, menurut Perkhidmatan Polis Ireland Utara.

Pada Isnin sebutir bom ditemui di Creggan Heights selepas kira-kira 80 pegawai polis melancarkan operasi mencari ahli kumpulan itu.

Menurut polis, satu kumpulan seramai 60 hingga 100 remaja yang berkumpul di kawasan itu, sebahagiannya telah menyerang kenderaan polis menyebabkan sekurang-kurangnya dua remaja melecur. Tiada pegawai polis dilaporkan cedera.

Selain itu, 15 keluarga terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas penemuan bahan letupan terbabit dan pulang semula ke rumah selepas keadaan disahkan selamat.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu