TFC gagal manfaat laman sendiri pada aksi suku akhir menentang JDT [ 7h ago ]

BERITA DUNIA


Pilihan raya tempatan Norway, pencapaian Parti Konservatif, Parti Buruh merosot

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
OSLO, 11 Sept -- Keputusan awal pilihan raya perbandaran dan daerah Norway menunjukkan pencapaian kebanyakan parti politik utama kurang memberangsangkan, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Pencapaian Parti Konservatif yang merupakan parti memerintah adalah yang terburuk dalam tempoh lebih 40 tahun, sekadar memperoleh 20 peratus sokongan, penurunan tiga mata peratusan berbanding pilihan raya 2015.

Parti terbesar Parti Buruh turut menunjukkan pencapaian kurang memuaskan sejak Perang Dunia Kedua, dengan hanya mendapat 25.1 peratus undi penurunan sebanyak 33 peratus, menurut laporan media Norway.

Perdana Menteri Erna Solberg merangkap pemimpin parti Konservatif, mengucapkan tahniah kepada Parti Hijau (MDG) dan Parti Pusat atas kemenangan bersejarah mereka.

MDG mendapat 15.2 undi di Oslo, lapor penyiar NRK pada Selasa.

Pencabar utama parti itu - Parti Anti Road Toll (FNB) yang baharu ditubuhkan menang di 11 kawasan di Bergen, bandar kedua terbesar.

Media Norway meramalkan dalam tempoh empat tahun akan datang, Oslo bakal menjadi bandar "lebih hijau", apabila FNB memperkuat kedudukannya termasuk di bandar kelahirannya Stavanger, menyaksikan parti itu memperoleh 9.3 peratus undi.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu