Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat [ 19m ago ]

BERITA DUNIA


Barat gagal sepakat dengan Turki berhubung isu Syria

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
BERLIN, 10 Okt -- Bekas Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana menyokong kumpulan yang dikaitkan dengan organisasi pengganas, walaupun NATO berulang kali memberi amaran tindakan itu boleh menyebabkan hubungan Washington dan Ankara menjadi tegang.

"Kesilapan sudah bermula di bawah pentadbiran Obama lagi," kata Gabriel dalam wawancara eksklusif dengan akhbar harian Bild, lapor agensi berita Anadolu.

"Presiden Barack Obama mahu mengundurkan tentera AS dan memutuskan untuk bekerjasama dengan Unit Perlindungan Rakyat (YPG). Sudah tentu dia tahu bahawa, walaupun beliau menafikannya, cawangan PKK Syria akan dapat mengawal wilayah di timur laut Syria," katanya.

Gabriel, ahli politik sosial Demokrat terkemuka, pernah berkhidmat sebagai menteri luar dari 2017 hingga 2018 berkata, Turki telah lama melihat Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang bergabung dengan YPG sebagai kumpulan utama mengancam keselamatan negara.

"Sudah tentu dan jelas Turki tidak akan membenarkan pembentukan PKK di sempadan Syria. Turki tidak akan membiarkan PKK/YPG berkuasa," katanya.

PKK disenarai sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah, melancarkan kempen keganasan terhadap Turki selama lebih 30 tahun dan bertanggungjawab menyebabkan kematian hampir 40,000 orang.

Bekas diplomat Jerman itu juga menyelar negara Eropah kerana terus membutakan mata terhadap konflik perang bersaudara berdarah di Syria yang telah berlarutan sejak sekian lama dan menolak cadangan Turki untuk mewujudkan Zon Keselamatan di Syria.

"Ia gagal kerana banyak negara Eropah menggunakan veto, termasuk Jerman. Jika dilihat semula ia mungkin satu kesilapan," katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu