Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat [ 21m ago ]

BERITA DUNIA


Trump salahkan Obama kaitkan AS dengan PKK

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
WASHINGTON, 10 Okt -- Presiden Donald Trump menyalahkan pemimpin sebelumnya kerana mengaitkan Amerika Syarikat (AS) dengan kumpulan pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK), lapor agensi berita Anadolu.

"Apabila Presiden (Barack) Obama cuba mengadakan kesepakatan dengan PKK, ia adalah satu perjanjian yang sukar, kerana kumpulan itu musuh Turki," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

Trump pada Ahad mengumumkan untuk mengundurkan pasukan tenteranya di utara Syria menjelang operasi ketenteraan oleh Turki.

Turki pada Rabu melancarkan Operasi Peace Spring untuk memastikan keselamatan di sempadan dengan menghapuskan pengganas, selain mengembalikan integriti wilayah Syria dan membolehkan pelarian dapat kembali ke negara asal mereka.

Menurut Turki PKK dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) merupakan ancaman terbesar terhadap masa depan Syria, yang menjejaskan integriti wilayah dan struktur kesatuan negara.

Negara Turki mempunyai sempadan sepanjang 911 kilometer dengan Syria, sejak sekian lama di timur Euphrates diancam aktiviti pengganas yang kemudian membentuk "koridor pengganas" di kawasan itu.

Menerusi operasi itu, Turki merancang menempatkan dua juta rakyat Syria di Zon Keselamatan seluas 30 kilometer bermula dari Sungai Euphrates ke sempadan Iraq, termasuk Manbij.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan pengganas seperti PKK, Parti Kesatuan Demokratik (PYD) dan YPG menghalang rancangan itu.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu