Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat [ 23m ago ]

BERITA DUNIA


Warga Rusia Yulia Yuzik ditahan di Tehran dibebaskan

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
TEHRAN, 10 Okt -- Iran membebaskan warga Rusia Yulia Yuzik yang ditahan di Tehran, lapor agensi berita Sputnik memetik kedutaan Rusia Iran pada Khamis.

Menurut laporan Yuzik yang bertugas sebagai seorang wartawan kini dalam perjalanan pulang ke Rusia.

Yuzik tiba di Tehran pada 29 September dan pasportnya dirampas sebaik tiba di lapangan terbang atas alasan yang tidak diketahui, sebelum beliau ditahan di sebuah hotel pada 2 Oktober.

Menurut anggota keluarga Yuzik beliau ditahan kerana dituduh terbabit dengan aktiviti pengintipan.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabiei, berkata penahanan Yuzik disebabkan masalah visa dan tidak mempunyai kaitan dengan pengintipan.

"Atas usaha sama Kementerian Luar dan kedutaan Rusia di Tehran, Iran telah memutuskan untuk membebaskan rakyat Rusia Yulia Yuzik. Pada 10 Oktober, dia berlepas dari Iran ke Moscow dengan penerbangan Aeroflot," tulis kedutaan itu di Telegram.

Sementara itu, menurut kedutaan Yuzik berada dalam keadaan sihat semasa dibebaskan.

"Dia kelihatan seperti biasa," kata jurucakap kedutaan Andrei Ganenko.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu