Pusat pemindahan ditutup, mangsa banjir dipindah ke pusat lain [ 7m ago ]

BERITA DUNIA


283 kes menipu Ujian Bahasa Korea untuk tempoh Januari-Julai 2019

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
SEOUL, 10 Okt -- Jumlah kes penipuan di kalangan pelajar yang mengambil Ujian Kemahiran bahasa Korea (TOPIK) mencatatkan 283 kes untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini, lapor agensi berita Yonhap memetik data kerajaan pada Khamis.

Sejumlah 1,250 pemohon didapati menipu ketika mengambil ujian itu antara 2014 sehingga Julai tahun ini, menurut data Kementerian Pendidikan yang dibentangkan kepada wakil Parti Demokratik, Park-dae.

Pada 2014 sebanyak 154 kes dilaporkan, 94 kes (2015), 141 kes (2016), 177 kes (2017) dan 401 pada 2018.

TOPIK adalah ujian untuk pelajar yang tidak bertutur dalam bahasa Korea sebagai bahasa ibunda. Keputusan ujian itu digunakan untuk tujuan imigresen dan pendidikan.

Terdapat juga kes penipuan berlaku di negara luar iaitu di China dengan 276 kes, 79 di Vietnam dan 74 di Uzbekistan.

Bemula dari 2015 hingga 2018, sebanyak 33.8 peratus kes menipu menggunakan peranti elektronik manakala 19.7 peratus lagi ujian diambil orang lain bukannya pemohon.

Sebanyak 13.7 peratus tidak mematuhi jadual ujian dan 11.6 peratus lagi didapati bertukar jawapan dengan pemohon lain.

Pemohon yang didapati menipu sama ada dilarang mengambil peperiksaan selama dua tahun atau keputusan ujian mereka dianggap tidak sah.

Park menggesa pemantauan lebih ketat dikenakan kepada mereka yang memohon untuk menduduki ujian tersebut.

"Sejak TOPIK digunakan secara meluas untuk memohon dan mendapatkan pekerjaan, bilangan pemohon semakin meningkat, pemantauan lebih ketat adalah amat perlu," katanya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu