KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 5m ago ]

BERITA DUNIA


Menteri luar Belanda gesa Turki hentikan serangan terhadap pejuang Kurdish di utara Syria

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
THE HAGUE, 10 Okt -- Menteri Luar Belanda Stef Blok pada Rabu menggesa Turki menghentikan serangan ketenteraan terhadap pejuang Kurdish di utara Syria yang dilancarkan pada awal hari itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Blok berkata beliau telah memanggil duta Turki untuk mengutuk serangan itu.

"Tiada siapa yang mendapat manfaat daripada kesan kemanusiaan yang berpotensi mengerikan. Situasi itu boleh mencetuskan aliran pelarian baharu selain menjejaskan perjuangan menentang Daesh dan kestabilan di rantau ini. Tindakan secara unilateral tidak membantu," katanya.

Belanda berada dalam tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang menentang pengganas Daesh di Syria.

Terdahulu, Turki telah melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan pejuang Kurdish di beberapa bahagian di timur laut Syria selepas AS mula mengundurkan tenteranya dari kawasan itu.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengisytiharkan permulaan kempen ketenteraan bagi menghapuskan pejuang Kurdish di utara Syria, yang dianggap Ankara sebagai pengganas dan pemisah.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu