Ada penerima tarik diri daripada PSP - KPDNHEP [ 5m ago ]

BERITA DUNIA


Korea Selatan: Tujuh pencipta kandungan YouTube dikenakan cukai US$833,000

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
SEJONG, 10 Okt -- Agensi percukaian Korea Selatan telah mengenakan cukai sebanyak 1 bilion won (US$833,000) terhadap tujuh pencipta kandungan YouTube, dalam operasi yang dilancarkan agensi itu bagi memburu pihak yang cuba mengelak membayar cukai, lapor agensi berita Yonhap.

Melalui operasi dijalankan Perkhidmatan Cukai Negara, ahli parlimen Parti Demokratik Kim Chung-woo berkata pendapatan keseluruhan tujuh pencipta kandungan itu adalah sebanyak 4.5 bilion won, namun mereka tidak isytihar pendapatan itu.

Ini adalah kali pertama pendapatan pencipta kandungan YouTube dan jumlah cukai yang mereka perlu bayar didedahkan kepada umum.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu