Tunjuk bukti PH guna sentimen kaum ketika berkempen - Salahuddin [ 3m ago ]

BERITA DUNIA


Tentera arah sistem pengawal kampung di selatan Thailand dibaik pulih, diganti susulan serangan kejam

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
BANGKOK, 8 Nov -- Tentera Thailand telah mengumumkan bahawa sistem pengawal kampung semasa yang digunakan di kebanyakan kawasan di wilayah bergolak di selatan negara itu akan dibaik pulih sepenuhnya dan diganti dengan sistem penjagaan mudah alih, lapor agensi berita China Xinhua.

Selasa malam lepas menyaksikan 15 sukarelawan dan penduduk kampung telah dibunuh dengan kejam oleh kumpulan yang didakwa sebagai pemberontak di wilayah selatan Yala.

"Kami telah membuat keputusan sejurus selepas serangan bahawa kami (Tentera Thailand) akan membaik pulih keseluruhan sistem pengawalam dan ia sebaliknya akan menjadi mudah alih," kata Leftenan Jeneral Pornsak Poonsawat, komander Tentera Wilayah Keempat sambil menambah "mulai sekarang, unit sukarelawan pertahanan kampung kami akan melakukan rondaan secara rutin untuk mengesan pemberontak. Kami tidak akan menjadi sasaran yang mudah untuk serangan."

Satu kempen puak pemisah yang berlanjutan selama berdekad di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam dan berbangsa Melayu iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat telah meragut hampir 7,000 nyawa sejak 2004.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu