Pengeluar produk makanan sunnah perlu kemuka kajian saintifik [ 8h ago ]

BERITA DUNIA


Ekspatriat Vietnam di uk peringati 39 mangsa tragedi kontena lori di Essex

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
LONDON, 8 Nov -- Satu delegasi terdiri daripada petugas Kedutaan Vietnam dan anggota persatuan ekspatriat serta pelajar Vietnam di United Kingdom yang diketuai Duta Besar Tran Ngoc An telah meletakkan kalungan bunga di Thurrock Council pada Khamis bagi memperingati 39 rakyat Vietnam, mangsa tragedi kontena lori di Essex.

Terdahulu pada hari yang sama, mangsa telah disahkan secara rasmi sebagai rakyat Vietnam.

Mereka ditemui mati dalam sebuah kontena lori di Essex, yang terletak di timur laut London, UK pada 23 Okt, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sebagai maklum balas kepada berita itu, Kedutaan Vietnam telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan kesedihan yang mendalam dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Kedutaan itu berjanji untuk menyelaras dengan satu delegasi antara sektor Vietnam yang kini bekerja di UK serta agensi-agensi yang relevan di Vietnam mahupun UK untuk menghantar pulang jasad mangsa secepat mungkin.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu