Aksi kalah mati ke Liga Premier 2020 pada 23 Nov [ 5m ago ]

BERITA DUNIA


Turki lancar operasi Kiran-5 di bahagian timur

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
ANKARA, 8 Nov -- Kementerian Dalam Negeri Turki mengumumkan pada Jumaat bahawa ia telah memulakan Operasi Kiran-5 dengan kekuatan 2,625 anggota dan 179 unit di bahagian timur negara itu, lapor agensi berita Anadolu.

Kenyataan kementerian itu menyebut operasi tersebut akan dilaksana di pedalaman wilayah-wilayah Diyarbakir, Bingol dan Mus untuk meneutralkan pengganas di kawasan tersebut.

Lebih 400 pejuang PKK telah dineutralkan di utara Iraq dalam tempoh empat bulan lepas, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa Turki sering menggunakan perkataan "meneutralkan" bagi membayangkan pengganas terbabit menyerah diri atau ditawan.

Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK yang disenarai sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, telah bertanggungjawab atas kematian sejumlah 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu