Piala Dunia bawah 20 tahun: pemain Korea Selatan terima sambutan wira [ 10m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

JCorp lunas bayaran sukuk RM800 juta

Oleh Nor Baizura Basri

JOHOR BAHRU, 17 Jun (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) hari ini berjaya melunaskan obligasi pembayaran sukuk wakalah siri kedua berjumlah RM800 juta untuk prinsipal berserta kupon berjumlah RM49.19 juta.

JCorp catat perolehan RM5.62 bilion

JOHOR BAHRU, 17 Jun (Bernama) -- Kumpulan Johor Corporation (JCorp) merekodkan peningkatan perolehan kepada RM5.616 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 berbanding RM5.564 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

MTC buka pejabat serantau baharu di AS, Eropah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) akan membuka pejabat serantau baharu di Houston, Texas di Amerika Syarikat (AS) serta bandar pelabuhan Rotterdam di Netherlands dalam usaha mendapatkan pembeli baharu di benua Amerika dan Eropah selain menjadi sumber bahan mentah.

Kerajaan negeri amal dasar mesra perniagaan tarik pelabur

NILAI, 16 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar mesra perniagaan untuk menarik pelabur asing dan domestik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

MATRADE padankan syarikat minyak & gas Malaysia dengan pembeli asing

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memadankan lebih 40 syarikat Malaysia dalam sektor minyak dan gas dengan pembeli asing minggu depan melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Gamalux Oils sasar jualan cecah RM100 juta

Oleh Sharifah Pirdaus Syed Ali

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Di sebalik isu diskriminasi Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit negara ini, satu penggiat dalam sektor hiliran sawit Malaysia seakan tidak terjejas malah turut menyasarkan untuk terus mendapat permintaan lebih baik daripada kalangan pelanggannya di Eropah.

Zalora mahu kekal sebagai penggiat utama fesyen di ASEAN

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform e-dagang Asia Tenggara, Zalora menyasarkan untuk terus mengekalkan kedudukannya sebagai penggiat utama fesyen di rantau ini sejajar kemajuan semua pasarannya yang mencatat prestasi memberangsangkan.