Boy dies after falling into pool near quarry [ 8h ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Untung bersih Pharmaniaga meningkat kepada RM9.28 juta

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 meningkat kepada RM9.28 juta daripada RM5.39 juta yang dicatatkan pada suku sama 2018.

Untung bersih Petronas Dagangan pada suku kedua susut kepada RM172.75 juta

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd susut kepada RM172.75 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 (Q2 2019) berbanding RM314.42 juta, terutamanya disebabkan oleh keuntungan kasar yang lebih rendah ditambah dengan perbelanjaan operasi yang tinggi dan pendapatan lain yang lebih rendah.

DRB-Hicom kembali raih untung pada suku-1 catat keuntungan bersih RM46.21 juta

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku pertama berakhir 30 Jun, 2019 selepas mencatatkan untung bersih sebanyak RM46.21 juta berbanding kerugian bersih RM66.60 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pelancongan sumbang RM41.69 bilion pada separuh pertama 2019

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Malaysia menerima 13.35 juta pelancong antarabangsa dan merekodkan pertumbuhan perbelanjaan pelancong 6.8 peratus, sekali gus menyumbang RM41.69 bilion kepada pendapatan negara pada separuh pertama 2019.

RAM beri penarafan AA3 kepada cadangan sukuk Press Metal

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) memberi penarafan AA3/Stabil kepada cadangan program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Press Metal Aluminium Holdings Bhd bernilai sehingga RM5 bilion.

V Ultimate Wellness sasar disenaraikan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- V Ultimate Wellness Bhd, syarikat perkhidmatan kecantikan yang berkembang pesat sejak penubuhannya 14 tahun lepas, berada di landasan betul untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada suku kedua tahun depan.

NestlÉ perkenalkan Starbucks At Home

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) --  Nestlé (M) Bhd telah memperkenalkan Starbucks At Home, jajaran produk kopi premium baharu di Malaysia dan Singapura serta yang pertama di Asia Tenggara.