Motorcyclist run over by fellow motorcyclists in tow, car [ 2m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Sime Darby Rent A Car raih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Hertz Asia

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sime Darby Motors (SDM), Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd (SDRAC), meraih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Hertz Asia atas pencapaian luar biasanya.

INSP di Archidex jana nilai eksport berpotensi RM35.12 juta

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Nilai eksport berpotensi sebanyak RM35.12 juta dijana daripada lebih 60 sesi pertemuan perniagaan melibatkan pembuat bahan binaan Malaysia dengan pembeli global, yang diadakan semasa sesi padanan perniagaan di Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Tiada pemberhentian pekerja, bukan penswastaan penuh - veteran & kesatuan MAB

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Tiada sebarang pemberhentian pekerja selain bukan penswastaan penuh dan perlu mengekalkan Malaysia Airlines Bhd (MAB) sebagai syarikat penerbangan nasional, itu permintaan serta gesaan bekas dan kesatuan warganya terhadap kerajaan jika pengambilalihan oleh pihak swasta langkah yang diputuskan untuk memulihkannya.

Minat asing terhadap Bursa Malaysia, Ringgit kekal kukuh

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Minat pelabur asing terhadap pasaran Malaysia merangkumi ekuiti tempatan dan ringgit terus kekal kukuh, kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

PKS berperanan penting bangunkan ekonomi Sarawak - Awang Tengah

SIBU,13 Julai (Benama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan aktiviti ekonomi serta kewujudan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Dewan perdagangan, MOFAZ mahu teroka pasaran halal di negara CIS

PETALING JAYA, 13 Julai (Bernama) -- Dewan Perdagangan ASEAN dan MOFAZ Dagang Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa (IAIB) Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) untuk meneroka potensi pasaran halal di perkumpulan negara bekas Soviet itu.

Minyak sawit negara miliki sijil MSPO mampu masuki pasaran Jepun

JASIN, 13 Julai (Bernama) -- Minyak sawit keluaran negara yang memiliki pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) berupaya memasuki pasaran Jepun khususnya menjelang penganjuran Sukan Olimpik 2020 di Tokyo pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.