Motorcyclist run over by fellow motorcyclists in tow, car [ 54s ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Pengeluaran getah asli meningkat 30.2 peratus pada Mei

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Mei  2019 meningkat sebanyak 30.2 peratus kepada  44,164 tan berbanding  33,923 tan pada April 2019 -- pengeluaran tertinggi sejak Februari 2019.

Jualan sektor pembuatan naik 6.7 peratus kepada RM69.7 bilion pada Mei

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan di Malaysia tumbuh 6.7 peratus dengan merekodkan RM69.7 bilion pada Mei 2019 berbanding RM65.3 bilion pada tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan.

Unit tidak langsung Malakoff beli pegangan Khazanah dalam Desaru Investment LTD

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malakoff Gulf Ltd (MGL), anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) memeterai perjanjian penjualan saham dengan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti Khazanah dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd (DIL) dengan harga US$70 juta (US$1 = RM4.12).

Sekutu HSS Engineers sediakan rundingan untuk ECRL yang baharu

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) telah menerima kontrak bernilai RM4.95 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) untuk mengadakan perkhidmatan perundingan bagi Skim Laluan Rel dan Skim Kajian Reka Bentuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang baharu.

FGV jual kepentingan ekuiti 100 peratus dalam FGVCO

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) semalam menandatangani Perjanjian Pemindahan Ekuiti dengan Grand Industrial Holding Co., Ltd (GIH) untuk penjualan kepentingannya sebanyak 100 peratus dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) dengan nilai RM100 juta (RMB165 juta).

Yinson tunggu kelulusan pemberi pinjaman bagi pengambilalihan Ezion

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pengapungan, pengeluaran, penyimpanan dan penghantaran (FPSO), Yinson Holdings Bhd masih menunggu kelulusan pemberi pinjaman bagi pengambilalihan Ezion Holdings Ltd di Singapura, dengan proses kajian terperinci sedang berjalan.

AHB kekalkan dividen 5.8-7.5 peratus, ada potensi besar -- PHB

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) yakin mampu meraih keputusan yang lebih baik bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), selepas dana itu berjaya mengekalkan dividen berterusan dalam jajaran 5.8 sehingga 7.5 peratus setahun, bersih selepas ditolak zakat, sejak lapan tahun lepas.