Derma darah lambang semangat Merdeka [ 1m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Pengambilalihan Gough Group seiring strategi Sime Darby - AmInvestment

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Langkah Sime Darby Group mengambil alih syarikat berpangkalan di New Zealand, Gough Group adalah seiring dengan strategi syarikat itu untuk memperluaskan perniagaan pengedaran Caterpillar ke rantau lain, sekali gus turut meningkatkan prestasinya.

CISB cadang jual kepentingan bernilai RM85.6 juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Complete Logistic Services Bhd (CLSB) sedang bercadang untuk menjual kepentingan 80 peratus dalam Dolphin Shipping Agency Sdn Bhd, Guper Integrated Logistics Sdn Bhd serta Gems Logistics Sdn Bhd kepada SH Cogent Logistics Pte Ltd pada harga tunai sebanyak RM85.6 juta.

Vertica peroleh dua kontrak di bawah MRT 2 bernilai RM22 juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Vertice Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Vertice Bhd memperoleh dua kontrak di bawah Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) 2 dengan gabungan nilai sebanyak RM22 juta, yang akan bermula pada 16 Ogos, 2019.

Axis-REIT akan beli dua hartanah di Johor dengan harga RM56 juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Amanah Pelaburan Hartanah Axis (Axis-REIT) akan membeli dua hartanah di Johor dengan harga RM55.8 juta secara tunai daripada Nusajaya Tech Park Sdn Bhd.

Perusahaan Malaysia perlu tingkat kemahiran pekerja dalam AI dan teknologi

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan kemahiran pekerja serta mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menambah nilai syarikat dan bukan semata-mata tertumpu kepada mencari keuntungan melalui kaedah pengurangan kos, kata pakar.

'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir

SEPANG, 13 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau memberi kelulusan kepada sebuah agensi kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama bagi membangunkan projek kereta nasional ketiga negara.

Ram Rating unjur inflasi julai tinggi sedikit pada 1.6 peratus

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- RAM Ratings menjangka keseluruhan kadar inflasi Malaysia bagi Julai tinggi sedikit pada 1.6 peratus, disokong oleh jangkaan peningkatan inflasi makanan.