Gojek : Women's safety will be given top priority - Syed Saddiq [ 16m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

StashAway sasar sekurang-kurangnya satu pasaran baharu dalam tempoh setahun

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — StashAway, robo-penasihat yang berpangkalan di Singapura menyasar untuk menembusi satu atau dua pasaran baharu di Asia Tenggara dalam tempoh setahun selepas berjaya meraih US$12 juta (kira-kira RM50.26 juta) menerusi pembiayaan Siri B baru-baru ini.

SP Setia harap kerajaan rendahkan had pembiayaan untuk pembeli rumah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- SP Setia Bhd berharap kerajaan akan menimbangkan untuk menjadikan proses pembiayaan lebih mampu untuk pembeli rumah pertama, khususnya mereka membeli hartanah untuk didiami.

Bursa Malaysia ubah suai, longgarkan arahan dan peraturan pasaran derivatif

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd telah mengubah suai Peraturan dan Arahan Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd (BMDC) bagi meningkatkan kecekapan perniagaan dan fleksibiliti menjalankan perniagaan di pasaran derivatif tempatan, berkuat kuasa 15 Ogos.

ExecuJet Malaysia dapat kelulusan CAAC senggara pesawat berdaftar di China

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet Malaysia), penyedia perkhidmatan penuh penyenggaraan pesawat perniagaan menerima kelulusan daripada Civil Aviation of China (CAAC) untuk melakukan penyenggaraan berat bagi pesawat Bombardier dan Gulfstream.

PitchIN di landasan yang betul dalam mengumpulkan RM16 juta untuk 2019

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Platform pendanaan awam ekuiti (ECF), pitchIN telah mengumpulkan hampir RM13 juta untuk11 syarikat sehingga Julai tahun ini dan yakin dapat mencapai sasaran RM16 juta yang ditetapkan bagi 2019. 

Wilayah Shaanxi berminat jalin kerjasama ekonomi, perdagangan dengan Kedah

ALOR SETAR, 14 Ogos (Bernama) -- Wilayah Shaanxi di China menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

MRB bekerjasama dengan pakar IP tambah pendapatan pekebun kecil

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (MRB) bekerjasama dengan pakar hak milik intelektual Adastra Intellectual Property Sdn Bhd untuk menambah pendapatan pekebun kecil dan meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan getah, menurut Pengerusi MRB Sankara N Nair.