Felda dalam proses nilai kerosakan akibat banjir di Kelantan [ 13m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

MYNIC sasar latih, bimbing 1,000 usahawan digital

MELAKA, 1 Dis -- Kira-kira 1,000 usahawan kecil dalam pelbagai industri khususnya di kawasan pinggir dan luar bandar akan dilatih dan dibimbing bagi menguasai pasaran digital dalam usaha mengembangkan pasaran perniagaan serta meningkat hasil jualan mereka menjelang tahun hadapan.

Jualan asing meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM422.2 juta

Oleh Sharifah Pirdaus Syed Ali

KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila nilainya mencecah hampir tiga kali ganda kepada RM422.2 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis pada minggu yang baru berakhir dengan isu menyelubungi perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China masih mempunyai pengaruh besar ke atas pasaran.

Jawatankuasa khas ekonomi gig cari jalan elak pekerja dieksploitasi

ALOR SETAR, 1 Dis  -- Jawatankuasa khas yang ditubuh kerajaan bagi merangka penyelesaian jangka panjang isu berkaitan ekonomi gig akan menumpukan kepada usaha untuk menjaga kebajikan pekerja terlibat dan mengelakkan mereka dieksploitasi oleh majikan.

CDC Asia-Pasifik 2020 tangani cabaran kepimpinan dalam era kepesatan digital

Laporan eksklusif oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Keadaan turun naik, ketidaktentuan, kerumitan dan ketidakjelasan susulan kepesatan pendigitalan yang kini memberi kesan kepada semua aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi akan dibincangkan dalam Persidangan Pengarah Korporat (CDC) Asia-Pasifik 2020.

MACCOPS 2019 catat nilai dagangan hadapan sebanyak RM293 juta

JOHOR BAHRU, 30 Nov  -- Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) secara keseluruhan mencatatkan nilai dagangan hadapan berjumlah RM293 juta, sekali gus mengatasi sasaran ditetapkan.

Tourism Malaysia sasar 92.8 juta pelancong domestik tahun hadapan

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Tourism Malaysia dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini melancarkan pakej percutian istimewa bagi tahun 2020 dengan sasaran 92.8 juta pelancong tempatan sepanjang tahun hadapan.

SSM beri zakat korporat dan CSR kepada penduduk DUN Pulau Jerejak

GEORGE TOWN, 30 Nov  -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengagihkan zakat korporat dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM24,000 kepada 140 golongan asnaf fakir miskin dan mereka yang memerlukan di sekitar Pantai Jerejak, Bagan Baru, di sini, hari ini.