Golf Terbuka Malaysia kembali Mac 2020 [ 4m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Daim: PKS harus buat kajian pasaran, sedia dana sebelum mula peniagaan

BUKIT MERTAJAM, 14 Dis -- Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan semua peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya membuat kajian pasaran serta menyediakan aliran tunai yang mencukupi sebelum memulakan perniagaan.

Sheng Tai International lancar projek 'The Sail Melaka' dengan GDV RM6.5 bilion

MELAKA, 14 Dis  – Pemaju hartanah Sheng Tai International Sdn Bhd melancarkan projek pembangunan hartanah bercampur terbesar di negeri ini, ‘The Sail Melaka’, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM6.5 bilion.

200 unit Proton X70 ditempah semasa jualan ulang tahun 12.12 Shopee

KUALA LUMPUR, 14 Dis  -- Lebih daripada 200 tempahan telah diterima untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) yang memenangi anugerah, Proton X70 dalam beberapa hari pertama semasa Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee, mencerminkan populariti model premum dalam segmen C itu.

Tahap kesedaran aset kripto tinggi di Malaysia, tetapi pengetahuan ICO masih rendah

KUALA LUMPUR, 14 Dis  -- Tahap kesedaran tentang mata wang kripto tinggi di Malaysia tetapi tidak bagi tawaran syiling permulaan (ICO), yang juga berada di bawah kategori aset kripto, demikian menurut dapatan daripada kaji selidik oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Xinghe selesaikan pengambilalihan akuakultur bernilai RM100 juta

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Xinghe Holdings Bhd, yang bergantung kepada perniagaan minyak sayuran yang boleh dimakan di China, sedang beralih untuk menjadi pengeluar makanan berasaskan akuakultur berikutan pengambilalihan ladang udang termasuk kemudahan dan aset-aset yang berkaitan di Tawau hari ini.

Prospek industri minyak dan gas mencabar - Petronas

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Prospek bagi industri minyak dan gas kekal mencabar dalam persekitaran pergolakan geopolitik, ketegangan perdagangan yang berpanjangan dan ekonomi global yang lembap menyebabkan permintaan terjejas, kata Naib Presiden bagi Perolehan Kumpulan Petronas Liza Mustapha.

Petroventure Energy akan bina loji penapisan bernilai RM9.5 bilion di Sabah

KOTA KINABALU, 13 Dis -- Petroventure Energy Sdn Bhd hari ini telah memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion).