Mahkamah bergerak usaha murni dekati rakyat pedalaman - Ketua Hakim Negara [ 3m ago ]

Senarai Berita EKONOMI

Sembilan syarikat disenarai hitam terlibat penyelewengan AP kenderaan

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Sembilan syarikat telah disenarai hitam selepas audit pematuhan dijalankan, kerana didapati melakukan kesalahan berkaitan penyelewengan Lesen Import (AP) kenderaan, bagi tempoh 2017 hingga 2018, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Unit Handal secara bersama bangunkan kereta lumba elektrik berserta teknologi hidrogen

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd (Handal), Handal Energy Solutions Sdn Bhd, membuat kemasukan sulung ke dalam segmen tenaga boleh diperbaharui menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) untuk bersama-sama membangunkan kereta lumba elektrik berserta teknologi hidrogen di Malaysia.

Matrade gesa syarikat perabot tempatan tinjau peluang di Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menggesa syarikat perabot Malaysia meninjau peluang perniagaan di Korea Selatan.

Advancecon raih kontrak RM49.4 juta di Sarawak

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holdings Bhd (Advancecon), Advancecon Infra Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM49.4 juta untuk menjalankan kerja-kerja-kerja tanah dan sampingan untuk cadangan jalan baharu di bawah Upper Rajang Development Agency Package 2 Road Infrastructure Projects di Pelagus/Baleh, Sarawak.

Tindakan City of London tambah pegangan langgar ketetapan SC

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- City of London Investment Management Company Ltd, firma pengurusan pelaburan berpejabat di United Kingdom telah melanggar garis panduan Suruhanjaya Sekuriti membabitkan tindakan menambah pegangan saham dalam icapital.biz Bhd.

MPC, pihak berkepentingan adakan rundingan awam garis panduan STRA

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan beberapa pihak berkepentingan mengadakan rundingan awam mengenai draf garis panduan pengawalseliaan aktiviti Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) menerusi platform digital termasuk Airbnb, Agoda dan Booking.com.

Festival Jenama 10.10 Shopee serentak dengan kempen beli barangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Platform e-dagang, Shopee, mengambil langkah menetapkan tempoh Festival Jenama 10.10 serentak dengan kempen Beli Barangan Malaysia dalam usaha melonjakkan perdagangan dalam negeri.